Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Fomca sokong kenaikan gaji pekerja

SHAH ALAM – Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar ada kenaikan gaji atau ganjaran diberikan kepada pekerja.

Presidennya, Datuk N Marimuthu berkata, kenaikan itu akan dapat merangsang ekonomi negara dengan membantu isi rumah berbelanja.

Menurutnya, jika gaji pekerja masih sama, ia bermakna proses jua beli akan menjadi semakin lembap. Gaji sedia ada akan dihadkan penggunaannya. Disebabkan itu permintaan akan jadi terlalu rendah dan menyebabkan harga barangan naik dan sukar didapati.

“Selain itu, pekerja akan terus berbelanja menggunakan kaedah hutang ataupun lebih tepat menggunakan kad kredit. Tetapi jika pekerja mendapat imbuhan atau gaji mereka dinaikkan, ekonomi negara dapat dijana.” Read more »

26 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a Comment

Akta Bank Pusat baru berkuat kuasa November

KUALA LUMPURAkta Bank Pusat Malaysia 2009 yang baru diluluskan dan akan dilaksanakan November nanti, akan memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk bertindak dengan tegas dalam meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, akta itu akan memperjelaskan dengan lebih meluas lagi tentang mandat yang dipertanggungjawabkan kepada kami dan memberikan lebih kuasa untuk melaksanakan mandat ini.

Beliau berkata, ia juga memberikan lebih kelonggaran berhubung perlaksanaan dasar monetari dan mebolehkan pelbagai instrumen digunakan.

Zeti berkata, peserta persidangan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bank-bank pusat yang berlangsung selama dua hari di sini, bahawa Bank Negara mestilah mempunyai keupayaan yang setara untuk mengendalikan operasi dasar monetari bagi mengekalkan kestabilan harga dalam tempoh turun naik yang keterlaluan.

“Sama pentingnya ialah mandat untuk mengadakan penyeliaan ke atas pasaran pertukaran wang asing dan pasaran wang bagi memastikan pasaran berkembang dan berfungsi dengan teratur,” katanya. – Bernama

[Sumber : Sinar Harian, 25 September 2009]

25 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a Comment

Cukai barangan sensitif tidak turun menjelang AFTA 2010

KOTA BHARU – Tiada penurunan cukai terhadap barangan sensitif, yang antaranya termasuk beras, arak dan rokok menjelang perlaksanaan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) bermula 1 Januari 2010 nanti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan pada negara yang terlibat dengan perjanjian AFTA agar barangan yang dikategorikan sebagai sensitif tersebut tidak diturunkan kadar cukainya.

“Melalui perjanjian AFTA, cukai diturunkan dibawah kosong peratus tetapi perkara yang dianggap sensitif dibolehkan (dikecuali), tiada siapa boleh import beras kecuali BERNAS (Padi Beras Nasional Berhad), peraturan ini kita akan kekalkan lagi, begitu juga cukai tembakau dan arak,” katanya kepada media selepas hadir di majlis Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini semalam. Read more »

24 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a Comment

Pengguna wajar tunjuk kuasa beli

KUALA LUMPUR – Sambutan dingin terhadap bekalan ayam yang dijual lebih mahal di pasar basah berbanding pasar raya besar dianggap petanda bahawa orang ramai telah bijak menggunakan kuasa dan hak mereka selaku pengguna.

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin berkata, tindakan bijak berbelanja itu sepatutnya dilakukan bagi semua bentuk pembelian.

“Ini juga satu langkah berjimat cermat walaupun kepada pihak lain seperti penjual ayam, ia merugikan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Read more »

24 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a Comment

Pakej Rangsangan Ekonomi Berkesan

Pakej rangsangan ekonomi berkesan

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini berada pada landasan yang betul dan mula memberi kesan positif terhadap pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pakej rangsangan tersebut berjumlah RM67 bilion itu telah menjana peluang pekerjaan dan pendapatan kepada kontraktor kecil termasuk mereka di kawasan pedalaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertama berjumlah RM6.07 bilion pada November tahun lalu manakala pakej kedua bernilai RM60.93 bilion pada Mac tahun ini. Read more »

22 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a Comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.