Musim Perayaan Waktu Untuk Berbelanja
Ketika menulis artikel ini, saya baru sahaja pulang daripada Pekan Tampin. Jalan raya sesak dan begitu ramai orang berkunjung ke Tampin untuk membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Peniaga bersaing dengan menawarkan jualan murah dan pelbagai tawaran istimewa yang lain untuk mendapatkan seramai mungkin pelanggan. Pembelian bukan sahaja terhad kepada pakaian, kuih muih raya, perabot dan perhiasan rumah, malah pelbagai – merangkumi barang tahan lama dah juga barang tidak tahan lama .Jiran sebelah rumah saya baru sahaja beberapa hari yang lalu membeli sebuah kereta Proton Pesona ( yang mana saya pun turut sama terpesona!) dan begitu jugalah dengan beberapa orang guru disekolah saya baru sahaja menukar atau menambah kenderaan mereka. Read more »
Ramadhan bulan Berjimat?
Puasa selain daripada menahan diri dari makan dan minum, juga merupakan latihan kepada umat Islam untuk mengawal hawa hafsu. Ramai antara kita yang sememangnya tiada masalah untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, akan tetapi ramai juga yang akhirnya tergelincir dalam beberapa perkara.
Pernahkah kita fikirkan apakah perbelanjaan kita untuk makanan dan minuman pada bulan puasa ini berkurangan daripada bulan-bulan lain, atau setidak-tidaknya sama sahaja dengan bukan bulan puasa? Apabila berkunjung ke bazar ramadhan, adakah kita mampu menjadi seorang pengguna yang rasional apabila melihat pelbagai juadah yang dijual (dalam keadaan kita yang kelaparan dan kehausan)?
Gula Oh Gula
Hampir sebulan yang lalu, tiba-tiba sahaja kita dikejutkan oleh isu kekurangan gula di pasaran. Bagaimana pun pada saya, kita tidak perlu merasa terkejut kerana perkara ini sebenarnya memang berlaku saban tahun apabila tiba musim perayaan (bulan puasa dan kemudiannya sambutan aidilfitri). Apakah penyebab sebenarnya kepada isu kekurangan gula ini?
Terdapat dua keadaan yang dikatakan sebagai penyebab berlakunya masalah ini. Pertama, peningkatan permintaan terhadap gula apabila tiba musim perayaan (bulan puasa). Kedua, aktiviti penyeludupan gula ke luar negara melalui sempadan negara jiran seperti Thailand dan juga Indonesia di Kalimantan.
Hidup Dengan Duit yang Sedikit
Hati-hati Bila Berbelanja
Keadaan ekonomi sekarang merupakan waktu yang agak mencabar bagi kita; maka, inilah waktu yang terbaik untuk kita menilai kedudukan kita. Malah, adalah lebih penting untuk kita ketahui di mana kedudukan kewangan kita dan mula meniliti ke mana wang kita dibelanjakan. Jika tidak, kesukaran yang akan kita hadapi bukan hanya untuk bertahan, malah segala matlamat masa hadapan pun mungkin tidak tercapai.
Jika perbezaan antara harta dan hutang anda memberi nilai yang positif, ini bermakna anda mempunyai Nilai Bersih yang positif. Sebaliknya, jika ia didapati negatif, anda sedang menanggung kerugian (“insolvent”). Read more »