Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

TAPAK BARU WEB PANITIA EKONOMI ASAS SMK JELAI FELDA

Assalamualaikum/Salam sejahtera.

Tuan/Puan boleh mendapatkan bahan-bahan terkini di tapak baru web kami meskipun masih belum siap sepenuhnya. Bagaimana pun tapak sekarang akan dikekalkan sehingga 31 Disember 2010. harap maklum

Tapak baru bagi web Panitia Ekonomi Asas SMK Jelai [Felda]

28 October 2010 Posted by | 1 | Leave a comment

ekonomiasas.wordpress akan berpindah…

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa blog ini akan berpindah ke tapak baru tidak lama lagi. Sementara pembinaan tapak baru tersebut siap, saya kekalkan bahan-bahan sedia ada di sini untuk kemudahan anda semua.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

16 January 2010 Posted by | Interaksi | Leave a comment

Pelepasan Cukai Individu dinaik kepada RM9000

KUALA LUMPUR: Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan peningkatan dalam jumlah pelepasan diri bagi pembayar cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, dan penstrukturan semula skim subsidi minyak.

Pembentangan Belanjawan 2010 oleh Najib yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini jelas mengetengahkan keutamaan kerajaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, apabila beliau mengumumkan pelbagai pelepasan dan juga kemudahan, khusus untuk manfaat rakyat.

Merujuk kepada pelepasan cukai itu, Perdana Menteri berkata ia bermakna setiap pembayar cukai individu akan menikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000 dan pelepasan ini juga berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2010.

Dalam bajet yang pertama kali dibentangkan beliau sebagai Menteri Kewangan, Najib berkata bagi memastikan cukai pendapatan individu kekal kompetetif dan meneruskan agenda ekonomi berdasarkan kepada kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi, kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus mulai tahun depan.

Berikutan itu, katanya kadar cukai maksimum bagi koperasi diturunkan kepada 26 peratus, manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin dikurangkan kepada 26 peratus.

Sementara itu, dalam usaha menarik lebih ramai bakat dari dalam dan luar negara dan bagi merancakkan lagi pembangunan Wilayah Pembangunan Malaysia, kerajaan mencadangkan satu insentif cukai yang amat inovatif dan radikal.

“Kerajaan mencadangkan cukai keatas pendapatan penggajian bagi pekerja berpengetahuan rakyat Malaysia serta asing yang bermastautin dan bekerja di Iskandar Malaysia, dikenakan cukai pada kadar 15 peratus, berbanding dengan kadar maksimum 26 peratus untuk seluruh negara,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata mereka yang layak untuk menikmati cukai ini adalah dalam aktiviti yang layak sahaja seperti teknologi hijau, bioteknologi, perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, industri kreatif, khidmat nasihat kewangan dan konsultansi serta perkhidmatan logistik dan pelancongan.

“Mereka juga mestilah menambah nilai dalam aktiviti yang diceburi. Galakan ini ditawar kepada mereka yang memohon dan mula bekerja di Iskandar Malaysia sebelum akhir tahun 2015, dan akan menikmati insentif ini secara berterusan,” katanya.

Mengenai penstrukturan semula skim subsidi minyak pula Perdana Menteri berkata, ketika ini semua pengguna kenderaan menikmati manfaat skim minyak bersubsidi kerajaan, termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing, dan ini membebankan kerajaan.

“Bagi memastikan hanya kumpulan sasar diberi subsidi, kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010. Sistem yang mesra rakyat ini akan mengguna pakai MyKad dan infrastruktur sedia ada,” katanya.

Menyedari betapa pentingkan rakyat menyimpan semasa usia muda bagi memastikan aliran pendapatan yang tetap dan berterusan selepas persaraan, Najib berkata kerajaan mencadangkan pelaksanaan satu skim anuiti.

“Ini adalah kerana tabungan di Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mungkin tidak mencukupi memandangkan jangka hayat rakyat malaysia yang semakin meningkat. Justeru itu skim anuiti merupakan satu instrumen kewangan yang sesuai untuk tujuan penampungan pendapatan semasa persaraan,” katanya.

“Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai skim anuiti, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai individu sebanyak RM6,000 yang sedia ada untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan kepada RM7,000. Kenaikan RM1,000 ini adalah bagi pelepasan ke atas premium anuiti yang mula dibayar pada 1 Januari 2010 untuk tujuan persaraan yang ditawarkan oleh syarikat insurans,” katanya. – Bernama

25 October 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a comment

Fomca sokong kenaikan gaji pekerja

SHAH ALAM – Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar ada kenaikan gaji atau ganjaran diberikan kepada pekerja.

Presidennya, Datuk N Marimuthu berkata, kenaikan itu akan dapat merangsang ekonomi negara dengan membantu isi rumah berbelanja.

Menurutnya, jika gaji pekerja masih sama, ia bermakna proses jua beli akan menjadi semakin lembap. Gaji sedia ada akan dihadkan penggunaannya. Disebabkan itu permintaan akan jadi terlalu rendah dan menyebabkan harga barangan naik dan sukar didapati.

“Selain itu, pekerja akan terus berbelanja menggunakan kaedah hutang ataupun lebih tepat menggunakan kad kredit. Tetapi jika pekerja mendapat imbuhan atau gaji mereka dinaikkan, ekonomi negara dapat dijana.” Continue reading

26 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a comment

Akta Bank Pusat baru berkuat kuasa November

KUALA LUMPURAkta Bank Pusat Malaysia 2009 yang baru diluluskan dan akan dilaksanakan November nanti, akan memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk bertindak dengan tegas dalam meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, akta itu akan memperjelaskan dengan lebih meluas lagi tentang mandat yang dipertanggungjawabkan kepada kami dan memberikan lebih kuasa untuk melaksanakan mandat ini.

Beliau berkata, ia juga memberikan lebih kelonggaran berhubung perlaksanaan dasar monetari dan mebolehkan pelbagai instrumen digunakan.

Zeti berkata, peserta persidangan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bank-bank pusat yang berlangsung selama dua hari di sini, bahawa Bank Negara mestilah mempunyai keupayaan yang setara untuk mengendalikan operasi dasar monetari bagi mengekalkan kestabilan harga dalam tempoh turun naik yang keterlaluan.

“Sama pentingnya ialah mandat untuk mengadakan penyeliaan ke atas pasaran pertukaran wang asing dan pasaran wang bagi memastikan pasaran berkembang dan berfungsi dengan teratur,” katanya. – Bernama

[Sumber : Sinar Harian, 25 September 2009]

25 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a comment

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.