Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Gula Oh Gula

Hampir sebulan yang lalu, tiba-tiba sahaja kita dikejutkan oleh isu kekurangan gula di pasaran. Bagaimana pun pada saya, kita tidak perlu merasa terkejut kerana perkara ini sebenarnya memang berlaku saban tahun apabila tiba musim perayaan (bulan puasa dan kemudiannya sambutan aidilfitri). Apakah penyebab sebenarnya kepada isu kekurangan gula ini?

 

Terdapat dua keadaan yang dikatakan sebagai penyebab berlakunya masalah ini. Pertama, peningkatan permintaan terhadap gula apabila tiba musim perayaan (bulan puasa). Kedua, aktiviti penyeludupan gula ke luar negara melalui sempadan negara jiran seperti Thailand dan juga Indonesia di Kalimantan.

 

Sememangnya diakui, apabila tiba musim perayaan, permintaan terhadap gula akan meningkat. Pada tanggapan saya, peningkatan ini bagaimana pun bukanlah peningkatan dalam permintaan terhadap gula oleh isi rumah, akan tetapi peningkatan permintaan yang banyak dipengaruhi oleh pengeluar/peniaga makanan bermusim. Oleh kerana gula merupakan barang kawalan di negara ini, peningkatan permintaan bagi gula ini tidak akan menyebabkan kenaikan harga seperti mana kebiasaannya mengikut hukum permintaan dan hukum penawaran dalam mekanisma harga. Kita patut merasa lega atas kenyataan tegas kerajaan yang tidak tunduk dengan desakan pengeluar/pemborong/peniaga untuk menaikkan harga gula kesan daripada isu ini.

 

Kekurangan gula di pasaran juga dikatakan adalah disebabkan oleh aktiviti penyeludupan gula ke negara-negara jiran. Gula di negara kita secara relatifnya adalah lebih murah daripada gula di beberapa negara  jiran kerana gula di negara kita adalah salah satu daripada barangan keperluan yang diberi subsidi oleh kerajaan. Sekilogram gula dinegara kita yang berharga RM1.45 boleh dijual di sempadan Malaysia-Thailand dengan harga RM2.50 dan mendapat sambutan yang menggalakkan penduduk di sana kerana lebih murah selain daripada kualitinya yang lebih baik

 

Isu kekurangan gula ini pada pandangan saya tidak akan berlaku sekiranya pihak berkuasa mengarahkan bekalan gula ditambah apabila tiba musim perayaan dan pintu sempadan negara kita dikawal dengan ketat bagi mencegah kegiatan penyeludupan. Gunakanlah statistik permintaan gula yang ada untuk merancang pengeluaran bekalan gula mengikut musim dinegara ini. Hukuman yang berat juga harus dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah menjalankan aktiviti 2s (sorok dan seludup) ini.

 

Janganlah tunggu sehingga masalah telah berlaku barulah arahan bekalan ditambah dan operasi pencegahan penyeludupan dijalankan dengan bersungguh-sungguh kerana jika begitulah sikap kita masalah yang sama juga kita akan hadapi pada musim perayaan yang akan datang. Dan ingat, bukan sahaja gula, seperti kebiasaannya, sedikit masa lagi kita akan mendapati ‘kekurangan bekalan’ beberapa barangan yang lain juga.

16 August 2009 - Posted by | Buka Minda

1 Comment »

  1. cikgu … sebenarnya gula dah naik harga kesan daripada fenomena ini. sebagai peruncit saya pada mulanya tidak berhajat untuk menaikkan harga gula walaupun pemborong sudah menjual kepada kami dengan harga siling (RM 1.45)dengan harapan harga asal diberikan kepada kami. So sekarang stok gula dah berlambak dan pemborong masih tidak menurunkan harga mereka. suka tak suka sya kena jual lebih sikit.

    Comment by empunya dihati | 3 September 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: