Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Ramadhan bulan Berjimat?

Puasa selain daripada menahan diri dari makan dan minum, juga merupakan latihan kepada umat Islam untuk mengawal hawa hafsu. Ramai antara kita yang sememangnya tiada masalah untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, akan tetapi ramai juga yang akhirnya tergelincir dalam beberapa perkara.

 

Pernahkah kita fikirkan apakah perbelanjaan kita untuk makanan dan minuman pada bulan puasa ini berkurangan daripada bulan-bulan lain, atau setidak-tidaknya sama sahaja dengan bukan bulan puasa? Apabila berkunjung ke bazar ramadhan, adakah kita mampu menjadi seorang pengguna yang rasional apabila melihat pelbagai juadah yang dijual (dalam keadaan kita yang kelaparan dan kehausan)?

Dalam keadaan sebegini (lapar dan dahaga), ramai yang menjadi pengguna yang tidak rasional. Ketika berada di bazar ramadhan, dengan pelbagai pilihan yang ada, tentunya kalau boleh semua kehendak terhadap makanan dan minuman yang menyelerakan tersebut ingin dipenuhi. Terlupa seketika masalah ekonomi (kekurangan, pilihan dan kos lepas).

 

Apabila terasa berat plastik makanan dijinjing, barulah tersedar rupanya telah banyak makanan atau minuman yang dibeli. Barulah terfikir mampu atau tidak makanan tersebut dihabiskan nanti. Akhirnya terbukti apabila telah berbuka, masih banyak makanan  yang dibeli tadi berbaki. Harapan untuk dihabiskan apabila bersahur nanti biasanya akan hanya tinggal harapan dan kebiasaannya baki makanan tadi akan ke bakul sampah juga.

Dalam hal ini, saya ingin berkongsi satu petua dengan anda dengan syarat anda masih mampu menjadi seorang pengguna yang rasional. Mudah sahaja. Rancang apa yang anda kehendaki sebelum ke bazar ramadhan. Saya percaya, kebanyakan kita akan pergi ke bazar yang sama saban tahun. Oleh yang demikian, tentunya kita telah tahu apa yang dijual dan dimana ia dijual. Rancanglah apa yang anda hendak beli sebelum ke sana. Ingat, selagi anda belum tiba di bazar ramadhan, kemungkinan anda masih seorang pengguna yang rasional adalah tinggi!!! dengan fikiran yang masih rasional itu, tetapkan apakah yang anda hendak beli sebagai juadah berbuka pada hari tersebut. Apabila tiba, teruslah ke tempat-tempat yang berkenaan untuk membeli makanan atau minuman tersebut (kerana anda telah biasa pergi dan tahu di mana ia dijual). Elakkan daripada ‘tawaf’ bazar tersebut kerana ia akan meningkatkan risiko anda untuk menjadi pengguna yang tidak lagi rasional. Apabila anda tergoda untuk membeli makanan atau minuman yang tidak anda rancangkan terlebih dahulu tadi, ingatkan diri anda tentang perkara ini – esok masih ada, insyaAllah.

 

Alhamdulillah, setelah sekian lama mengamalkan petua ini, saya dapati bahawa perbelanjaan saya terhadap makanan adalah berkurangan daripada bulan-bulan lain. Renung renungkan dan selamat beramal!!

25 August 2009 - Posted by | Buka Minda

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: