Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t /Salam sejahtera.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari saya kepada semua rakan, pelajar dan pengunjung yang merayakannya. Rayakanlah kejayaan kita dalam mengharungi latihan yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah merupakan latihan kita untuk mengalahkan hawa nafsu. Bulan Ramadhan juga merupakan satu bulan yang menawarkan pelbagai tawaran yang amat istimewa daripada Allah s.w.t kepada kita yang mana pelbagai ganjaran ke atas kebaikan adalah berlipat kali ganda. Semoga latihan selama sebulan ini berjaya membentuk jati diri kita sebagai seorang Islam yang mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Raikanlah kemenangan kita ini dengan sewajarnya. Tidak salah untuk bergembira atas kejayaan kita ini. Namun dalam kita bergembira, biarlah berpada-pada. Janganlah sampai kita lupa akan tugas dan tanggungjawab hakiki kita. Sebulan berpuasa seharusnya telah mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Kekalkanlah amalan-amalan kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan lalu untuk selama-lamanya. Di samping itu, keselamatan diri dan keluarga juga janganlah dilupakan.

Akhir kata, saya ingin meminta ampun dan maaf kepada semua rakan, pelajar dan pengunjung laman ini seandainya ada salah dan silap saya. Sebagai insan yang lemah, adakalanya kita melakukan kesalahan dan kesilapan, sama ada disedari mahupun tidak kita sedari.

Hingga berjumpa lagi, InsyaAllah .Selamat menyambut lebaran.

 

17 September 2009 - Posted by | Interaksi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: