Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Musim Perayaan Waktu Untuk Berbelanja

Ketika menulis artikel ini, saya baru sahaja pulang daripada Pekan Tampin. Jalan raya sesak dan begitu ramai orang berkunjung ke Tampin untuk membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Peniaga bersaing dengan menawarkan jualan murah dan pelbagai tawaran istimewa yang lain untuk mendapatkan seramai mungkin pelanggan. Pembelian bukan sahaja terhad kepada pakaian, kuih muih raya, perabot dan perhiasan rumah, malah pelbagai – merangkumi barang tahan lama dah juga barang tidak tahan lama .Jiran sebelah rumah saya baru sahaja beberapa hari yang lalu membeli sebuah kereta Proton Pesona ( yang mana saya pun turut sama terpesona!) dan begitu jugalah dengan beberapa orang guru disekolah saya baru sahaja menukar atau menambah kenderaan mereka.

Suasana begini tidak hanya wujud ketika menjelang Aidilfitri sahaja, malah pada setiap kali musim perayaan. Uniknya kita di Malaysia ialah musim perayaan yang disambut adalah sepanjang tahun. Selepas Aidilfitri, akan muncul pula perayaan Deepavali yang dirayakan oleh kaum India yang beragama Hindu dan tidak lama selepas itu pula, perayaan Krismas yang disambut oleh penganut Kristian. Kemudian kita ada lagi perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh semua masyarakat Cina. Itulah keunikan kita sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum. Sesuatu sambutan perayaan yang disambut oleh salah satu kaum turut dirasai oleh kaum yang lain.

Inilah masanya untuk berbelanja. Pada musim perayaan para peniaga akan bersaing antara satu sama lain untuk menarik perhatian pelanggan. Selain daripada potongan harga, pelbagai tawaran lain yang tidak kurang menarik juga ditawarkan. Keadaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada para peniaga malah memberi keuntungan kepada pengguna. Pengguna yang bijak akan mengambil kesempatan daripada musim perayaan ini untuk membeli barangan keperluan mereka pada harga yang lebih murah daripada biasa.

Bagaimana pun, pengguna yang bijak juga adalah pengguna yang merancang perbelanjaan mereka. Pastikan anda membeli sesuatu barangan kerana anda memang telah lama merancang untuk membeli barangan tersebut dan inilah masanya yang paling sesuai. Elakkan pembelian kerana tertarik dengan diskaun yang diberikan semata-mata sedangkan anda sememangnya tidak terlintas langsung untuk membelinya ketika anda masih di rumah.

Selamat menyambut hari lebaran dan selamat berbelanja.

18 September 2009 - Posted by | Buka Minda

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: