Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Cukai barangan sensitif tidak turun menjelang AFTA 2010

KOTA BHARU – Tiada penurunan cukai terhadap barangan sensitif, yang antaranya termasuk beras, arak dan rokok menjelang perlaksanaan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) bermula 1 Januari 2010 nanti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan pada negara yang terlibat dengan perjanjian AFTA agar barangan yang dikategorikan sebagai sensitif tersebut tidak diturunkan kadar cukainya.

“Melalui perjanjian AFTA, cukai diturunkan dibawah kosong peratus tetapi perkara yang dianggap sensitif dibolehkan (dikecuali), tiada siapa boleh import beras kecuali BERNAS (Padi Beras Nasional Berhad), peraturan ini kita akan kekalkan lagi, begitu juga cukai tembakau dan arak,” katanya kepada media selepas hadir di majlis Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini semalam.

AFTA adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat. Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN dianggotai enam negara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja pada 1999 menjadikan ASEAN sekarang terdiri daripada 10 buah negara Asean.

Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing Asean sebagai pengkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam Asean.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, perlaksanaan AFTA harus dilihat dari sudut positif kerana peniaga dalam negara akan turut mendapat impak besar daripada perjanjian serantau tersebut.

“Jangan dilihat dari sudut kemasukan barangan dari luar sahaja, ia merangkumi eksport ke luar negara, jadi dalam keadaan barang-barang luar negara lebih senang masuk pada yang sama barangan negara kita juga lebih senang keluar ke negara lain, hadi jangan kita ingat ia adalah perjanjian satu hala sahaja,” katanya.

Mustapa berkata, pihaknya kini telah mengadakan pelbagai bentuk pertemuan dengan peniaga serta mereka yang berkaitan untuk menerangkan perlaksanaan perjanjian tersebut tahun hadapan.

” Kita juga telah mengadakan program pendidikan dan kesedaran kepada pengusaha-pengusaha industri tempatan untuk memberi dorongan dan hala tuju mengenai AFTA. Kita akan teruskan program pendidikan ini kepada semua pihak yang terlibat dalam perdagangan daripada berskala kecil hingga berskala besar agar mereka mengambil kesempatan ini untuk memajukan perniagaan dan industri mereka,” katanya.

Mustapa berkata, syarikat pengeluar kereta negara, Proton tidak terlibat dengan perjanjian AFTA dan mempunyai dasar sendiri yang kini dalam proses kajian dan akan dipertimbangkan seterusnya diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

[Sumber : Sinar Harian, 24 September 2009]

24 September 2009 - Posted by | Aplikasi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: