Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Pengguna wajar tunjuk kuasa beli

KUALA LUMPUR – Sambutan dingin terhadap bekalan ayam yang dijual lebih mahal di pasar basah berbanding pasar raya besar dianggap petanda bahawa orang ramai telah bijak menggunakan kuasa dan hak mereka selaku pengguna.

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin berkata, tindakan bijak berbelanja itu sepatutnya dilakukan bagi semua bentuk pembelian.

“Ini juga satu langkah berjimat cermat walaupun kepada pihak lain seperti penjual ayam, ia merugikan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah Noor Nirwandy, pengusaha pasar raya besar tidak berhadapan dengan masalah menjual ayam pada harga murah kerana mereka membeli secara pukal.

Beliau bagaimanapun berharap pihak berkuasa mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dengan memastikan peralihan pelanggan dari pasar-pasar basah ke pasar raya besar tidak menutup periuk nasi peniaga kecil-kecilan.

Katanya, satu jalan penyelesaian ialah mewujudkan pusat penyembelihan berpusat di beberapa lokasi strategik terutamanya di pinggir bandar.

“Ia membolehkan penjual mendapatkan bekalan tanpa perlu berurusan dengan orang tengah. Jika langkah ini dapat dilaksanakan, pengguna bukan sahaja boleh mendapat bekalan ayam segar dengan harga yang lebih murah tetapi juga tidak diragui status halalnya,” kata beliau.

[Sumber : Kosmo, 24 September 2009]

24 September 2009 - Posted by | Aplikasi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: