Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Akta Bank Pusat baru berkuat kuasa November

KUALA LUMPURAkta Bank Pusat Malaysia 2009 yang baru diluluskan dan akan dilaksanakan November nanti, akan memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk bertindak dengan tegas dalam meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, akta itu akan memperjelaskan dengan lebih meluas lagi tentang mandat yang dipertanggungjawabkan kepada kami dan memberikan lebih kuasa untuk melaksanakan mandat ini.

Beliau berkata, ia juga memberikan lebih kelonggaran berhubung perlaksanaan dasar monetari dan mebolehkan pelbagai instrumen digunakan.

Zeti berkata, peserta persidangan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bank-bank pusat yang berlangsung selama dua hari di sini, bahawa Bank Negara mestilah mempunyai keupayaan yang setara untuk mengendalikan operasi dasar monetari bagi mengekalkan kestabilan harga dalam tempoh turun naik yang keterlaluan.

“Sama pentingnya ialah mandat untuk mengadakan penyeliaan ke atas pasaran pertukaran wang asing dan pasaran wang bagi memastikan pasaran berkembang dan berfungsi dengan teratur,” katanya. – Bernama

[Sumber : Sinar Harian, 25 September 2009]

25 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a comment