Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Fomca sokong kenaikan gaji pekerja

SHAH ALAM – Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar ada kenaikan gaji atau ganjaran diberikan kepada pekerja.

Presidennya, Datuk N Marimuthu berkata, kenaikan itu akan dapat merangsang ekonomi negara dengan membantu isi rumah berbelanja.

Menurutnya, jika gaji pekerja masih sama, ia bermakna proses jua beli akan menjadi semakin lembap. Gaji sedia ada akan dihadkan penggunaannya. Disebabkan itu permintaan akan jadi terlalu rendah dan menyebabkan harga barangan naik dan sukar didapati.

“Selain itu, pekerja akan terus berbelanja menggunakan kaedah hutang ataupun lebih tepat menggunakan kad kredit. Tetapi jika pekerja mendapat imbuhan atau gaji mereka dinaikkan, ekonomi negara dapat dijana.”

“Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir itu. Ia sangat bagus dan menunjukkan akan ada kegiatan ekonomi berlaku,” katanya.

Marimuthu berkata, kenaikan gaji juga dapat menambahkan produktiviti pekerja dan menghasilkan kerja yang lebih berkualiti. Kenaikan itu umpama penghargaan kepada setiap pekerja.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Mohd Amir Baharuddin berpendapat, kenaikan gaji pekerja bagaikan imbuhan kepada setiap pekerja.

Menurutnya, kenaikan gaji atau pemberian imbuhan merupakan penghargaan buat pekerja. Mereka akan meningkatkan prestasi kerja mereka kerana beranggapan kerja mereka mendapat pengiktirafan syarikat.

“Itu pada pandangan pekerja. Namun secara logiknya apabila ada kenaikan gaji, ekonomi negara bertambah stabil kerana pengguna akan terus berbelanja. Jadi setiap permintaan akan dapat dipenuhi. Dengan itu tidak akan timbul soal bekalan tidak cukup, harga barangan naik  mendadak dan sebagainya. Apabila kita melihat daripada faktor ini, kestabilan ekonomi negara akan terus dicapai. Produktiviti kerja akan dapat dipertingkatkan lagi,” katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, persatuan itu turut bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir kerana berpendapat berikutan kenaikan gaji nanti pekerja akan mempunyai wang lebih untuk dibelanjakan.

Menurutnya, secara keseluruhan ia akan menjadi 2.5 kali ganda daripada gaji yang disimpan dan pekerja berasa selesa dan tidak alami masalah lagi.

“Jika dilihat secara keseluruhan, idea tersebut nampak mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan. Syarikat sudah pasti inginkan produktiviti yang tinggi daripada pekerja. Sekiranya produktiviti tinggi dapat dihasilkan pasti ia tidak ada masalah, namun jika memikirkan mengenai keadaan syarikat, ia begitu tipis untuk dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, matlamat kenaikan gaji ini tidak akan kesampaian jika tiada kesungguhan yang ditunjukkan pekerja. Jika ada mutual simbiosis ini, pihak syarikat boleh memberikan kenaikan kepada pekerja.

Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir melalui kenyataannya ganjaran atau gaji pekerja dinaikkan akan dapat mengembangkan lagi ekonomi negara. Katanya lagi apabila produktiviti pekerja meningkat, syarikat akan mendapat keuntungan yang lebih dan majikan tentunya akan membalasnya dengan memberi pendapatan yang lebih kepada pekerja.

[Sumber : Sinar Harian, 26 September 2009]

26 September 2009 - Posted by | Aplikasi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: