Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Ahli Panitia

NAMA : Nor Eaizan bin Mohd Noor | JAWATAN : PPPS DG41 | TARIKH MULA BERKHIDMAT : 15.01.2002 | KELULUSAN : Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian, UPSI, Diploma in Banking Studies, ITM | TEMPAT BERTUGAS : SMK Sultan Ibrahim, Kulai, Johor [2002-2007], SMK Jelai (Felda), Gemas, Negeri Sembilan [2008-kini] | BIDANG TUGAS UTAMA 2009 : Ketua Panitia Ekonomi Asas, Ketua Panitia Prinsip Perakaunan, Guru mata pelajaran Ekonomi Asas, Guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan, Penyelaras Unit Beruniform, AJK Data Sekolah – Sistem Maklumat Murid [SMM] |

Assalamualaikum w.b.t

Tujuan utama saya membina laman ini adalah sebagai satu platfom untuk saya berkongsi dengan rakan-rakan guru, murid-murid dan sesiapa sahaja yang akan mendapat manfaat daripada wujudnya laman blog ini. Daya usaha ini bermula daripada kesukaran saya untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan berkaitan dengan mata pelajaran Ekonomi Asas di dalam internet. Saya dapati bahawa maklumat-maklumat yang dihehendaki agak sukar diperolehi, dan jika ada sekalipun memerlukan masa yang banyak untuk dicari dan dikumpul. Adalah menjadi hasrat saya agar dengan adanya lama blog khusus berkaitan mata pelajaran Ekonomi Asas ini, dapat memudahkan pencarian sumber pengajaran dan pembelajarannya di sekolah.

Saya percaya bahawa dalam hidup ini kita saling memerlukan antara satu sama lain. Hidup adalah satu perkongsian. InsyaAllah, apa yang kita berikan kepada orang lain, Allah akan memberikan kembali kepada kita sesuatu yang lebih baik. Ini adalah satu sumbangan kecil saya kepada mereka yang memerlukan. Pada saya, hidup menjadi sumbang kiranya kita tidak menyumbang. Sekiranya ada diantara anda yang ingin turut sama menyumbang bahan ke dalam blog ini, amatlah saya hargai.

 

Sebarang maklum balas umum bolehlah diberikan di ruangan interaksi yang saya sediakan dalam blog  ini.

 

Akhir kata, jika terdapat kesilapan di dalam laman blog ini, mahupun kritikan, sumbangan idea/maklumat-, maklumbalas daripada anda amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

%d bloggers like this: