Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Musim Perayaan Waktu Untuk Berbelanja

Ketika menulis artikel ini, saya baru sahaja pulang daripada Pekan Tampin. Jalan raya sesak dan begitu ramai orang berkunjung ke Tampin untuk membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Peniaga bersaing dengan menawarkan jualan murah dan pelbagai tawaran istimewa yang lain untuk mendapatkan seramai mungkin pelanggan. Pembelian bukan sahaja terhad kepada pakaian, kuih muih raya, perabot dan perhiasan rumah, malah pelbagai – merangkumi barang tahan lama dah juga barang tidak tahan lama .Jiran sebelah rumah saya baru sahaja beberapa hari yang lalu membeli sebuah kereta Proton Pesona ( yang mana saya pun turut sama terpesona!) dan begitu jugalah dengan beberapa orang guru disekolah saya baru sahaja menukar atau menambah kenderaan mereka. Continue reading

Advertisements

18 September 2009 Posted by | Buka Minda | Leave a comment

Ramadhan bulan Berjimat?

Puasa selain daripada menahan diri dari makan dan minum, juga merupakan latihan kepada umat Islam untuk mengawal hawa hafsu. Ramai antara kita yang sememangnya tiada masalah untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, akan tetapi ramai juga yang akhirnya tergelincir dalam beberapa perkara.

 

Pernahkah kita fikirkan apakah perbelanjaan kita untuk makanan dan minuman pada bulan puasa ini berkurangan daripada bulan-bulan lain, atau setidak-tidaknya sama sahaja dengan bukan bulan puasa? Apabila berkunjung ke bazar ramadhan, adakah kita mampu menjadi seorang pengguna yang rasional apabila melihat pelbagai juadah yang dijual (dalam keadaan kita yang kelaparan dan kehausan)?

Continue reading

25 August 2009 Posted by | Buka Minda | Leave a comment

Gula Oh Gula

Hampir sebulan yang lalu, tiba-tiba sahaja kita dikejutkan oleh isu kekurangan gula di pasaran. Bagaimana pun pada saya, kita tidak perlu merasa terkejut kerana perkara ini sebenarnya memang berlaku saban tahun apabila tiba musim perayaan (bulan puasa dan kemudiannya sambutan aidilfitri). Apakah penyebab sebenarnya kepada isu kekurangan gula ini?

 

Terdapat dua keadaan yang dikatakan sebagai penyebab berlakunya masalah ini. Pertama, peningkatan permintaan terhadap gula apabila tiba musim perayaan (bulan puasa). Kedua, aktiviti penyeludupan gula ke luar negara melalui sempadan negara jiran seperti Thailand dan juga Indonesia di Kalimantan.

Continue reading

16 August 2009 Posted by | Buka Minda | 1 Comment

Hidup Dengan Duit yang Sedikit

Apa yang naik dan tidak akan jatuh? Selain daripada umur anda, harga barangan dan perkhidmatan adalah jawapan yang munasabah! Hakikatnya pada akhir-akhir ini, banyak telah diperkatakan tentang kenaikan harga makanan dan minyak di seluruh dunia. Dengan harga yang meningkat dan pendapatan kekal sama, amatlah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk hidup dengan cermat.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?
 
Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!  Continue reading

29 July 2009 Posted by | Buka Minda | Leave a comment

Hati-hati Bila Berbelanja

Keadaan ekonomi sekarang merupakan waktu yang agak mencabar bagi kita; maka,  inilah waktu yang terbaik untuk kita menilai kedudukan kita.  Malah, adalah lebih penting untuk kita ketahui di mana kedudukan kewangan kita dan mula meniliti ke mana wang kita dibelanjakan. Jika tidak,  kesukaran yang akan kita hadapi bukan hanya untuk bertahan, malah segala matlamat masa hadapan pun mungkin tidak tercapai.

 
Mengira Nilai Bersih Anda
Langkah permulaan anda adalah untuk mengambil tahu Nilai Bersih anda. Ataupun, dalam bahasa yang mudah, mencari kedudukan kewangan kesuluruhan anda. Mulakanlah dengan senarai aset : harta (dan nilai pasarannya) kepunyaan anda  yang boleh dijual. (Lihat Kertas kerja 1: Penyata Nilai Bersih
 
Kemudian senaraikan pula liabiliti: baki-baki hutang anda dengan pihak ketiga (bank, syarikat-syarikat kewangan, pusat membeli belah, kad kredit dan sebagainya).
 
Tolakkan jumlah liabiliti (jumlah dari senarai liabiliti anda) dari jumlah asset (jumlah nilai senarai aset anda), dan anda akan dapati Nilai Bersih anda: inilah satu-satunya nilai yang menentukan kedudukan kewangan anda.
 

Jika perbezaan antara harta dan hutang anda memberi nilai yang positif, ini bermakna anda mempunyai Nilai Bersih yang positif. Sebaliknya, jika ia didapati negatif, anda sedang menanggung kerugian (“insolvent”). Continue reading

29 July 2009 Posted by | Buka Minda | Leave a comment