Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Interaksi

Ruangan khusus untuk anda berinteraksi dengan saya. Jika ada sebarang cadangan, pertanyaan, sumbangan idea/bahan ataupun sebarang perkara -sila kemukakan di sini. Penglibatan anda amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Bagi pengguna Yahoo Messenger, anda boleh add saya  – eaizan@yahoo.com

12 Comments »

  1. assalamualaikum cikgu eaizan…..saya lihat blog anda begitu aktif di samping kandungan blog yang berunsur ilmiah dan padat. tahniah…..memang betul….blog senang untuk dibina tetapi untuk memastikan ianya berfungsi adalah amat sukar lebih2 lagi kepada guru yang bukan berlatar belakangkan dan kurang minat terhadap IT. laman web dan blog merupakan salah satu item yang sesuai dalam mengetengahkan imej sesebuah sekolah kepada umum. tak salah lagi….ini selaras dengan kehendak pengetua,en omar ahmad ingin menjadikan sekolah jelai ini sebagai sekolah hebat IT di samping sekolah yang aktif di dalam ko-kurikulum. wassalam……

    Comment by Fairul | 4 August 2009 | Reply

    • memang itulah cabarannya…untuk memastikan apa yang kita mulakan terus hidup dan dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. lebih payah lagi kalau macam saya ni – membinanya seorang diri. ‘rumah takan siap dalam masa sehari’

      setiap orang ada kelebihan masing-masing. kalau kita asik memandang kekurangan orang, nescaya semua ahli dalam organisasi akan kita anggap ‘tak guno’. gunakanlah kelebihan yang ada untuk bersama-sama membantu ke arah kecemerlangan. bak kata lagu siri ‘wonder pets’ kegemaran anak sei…’apa yang penting? kerjaaa samaaaaa!!!’

      Comment by cikgu eaizan | 4 August 2009 | Reply

      • assalamualaikum cikgu eaizan…….pentabiran di sekolah mencerminkan imej dan fungsi sesebuah sekolah. tetapi…wujudnya sikap berpuak-puak (kroni) bukan sahaja di kalangan guru bahkan juga dikalangan pentabir sekolah menjadikan suasana kerja yang tertekan dan tidak ceria. perkara ini juga wujud di sekolah saya di mana susah hendak mendapat kerjasama di antara guru dengan guru serta guru dengan pentabir sekolah. kadang kala wujud sikap dengki dah iri hati malah ada sebahagiannya yang sanggup tikam kawan dari belakang untuk kebaikan diri sendiri. bagaimanakah sekolah hendak melahirkan murid-murid yang maju dan berkualiti sedangkan guru dan pentabir mempunyai sikap sedemikian ?????….cuba kita perhatikan sekolah menengah jenis kebangsaan …..guru-guru bersatu padu dan bekerjasama di dalam suatu organisasi menjadikan sekolah serta melahirkan murid-murid yang berkualiti. guru dijadikan sebagai role model….tetapi apa yang dilihat pada masa sekarang ……guru-guru melayu kini bertugas atas dasar kepentingan diri sendiri dan bukan atas dasar kepentingan bersama….jadi, bagaimanakah bangsa melayu ingin maju jika bangsa pendidik berperangai sedemikian ????…..wassalam….

        Comment by Fairul | 8 August 2009

  2. waalaikumsalam w.b.t

    saudara fairul,
    Apakah kepuasan seorang guru? Kenapa pekerjaan kita ini (guru) wujud?

    ‘Office Politics’ wujud dimana-mana organisasi sekalipun. Pada saya secara peribadi, saya menjadi guru kerana murid memerlukan guru dan kerana itu kita wujud di sekolah. Kepuasan pada kerjaya kita sebenarnya adalah apabila melihat anak didik kita berjaya. Takrf berjaya itu sendiri kita boleh lihat sama ada dari segi akademik mahupun sahsiah dan akhlak.

    Pada saya…kita disekolah, tanggungjawab dan amanah kita adalah terhadap anak-anak murid kita. Biar apa pun yang kita buat, biarlah untuk manfaat anak murid kita dan kita tidak berdosa dengan mereka.

    Soal politik pejabat tu,jangan difikirkan sangat kerana tiada manfaatnya pada murid kita, bahkan pada diri kita sendiri juga.

    dan satu lagi pesan saya. suatu ketika nanti kita akan naik ke atas juga. ketika itu, ingatlah, jangan diulang apa yang kita tak suka tu.

    Comment by cikgu eaizan | 9 August 2009 | Reply

  3. Nanti sebarkan blog saya ini. Untuk perkongsian ilmu sejagat demi profesion kita dan anak didik kita. Hidup Felda Jelai.

    Comment by Mr. Mohammad b Said | 14 September 2009 | Reply

    • InsyaAllah, akan saya ‘link’kan dalam semua blog saya.

      Comment by cikgu eaizan | 14 September 2009 | Reply

  4. Tuan, bagi email tuan. Saya nak emailkan trial spm 2009.

    Comment by Mr. Mohammad b Said | 19 September 2009 | Reply

  5. Assalamualaikum..
    Cikgu, ana nak bertanya..
    Untuk pengiraan KWSP jika soalan berikan jumlah pendapatan tahunannya ialah rm36,ooo. Kemudian dia juga mendapat bonus sebanyak rm2000. Jadi untuk pengiraan KWSP adakah kita mengira rm38,000+rm2000x11% atau cuma rm38,000×11% sahaja.
    Mohon bantuan cikgu..
    Terima kasih

    Comment by Syifa84 | 13 October 2010 | Reply

    • ambil kira jumlah pendapatan tahunan sahaja.

      Comment by cikgu eaizan | 15 October 2010 | Reply

  6. Saya harap site Ekonomi Asas ini dapat bantu memperkenalkan e-Bahan BTP(Bahagian Teknologi Pendidikan) Ekonomi Asas yang beralamat di url, http://spp.moe.edu.my

    Comment by Wong Kim Khat | 8 April 2011 | Reply

    • memang telah saya muatkan dalam salah satu post saya dalam web baru ekonomi asas saya di sini

      Comment by cikgu eaizan | 24 May 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: