Panitia Ekonomi Asas

SMK Jelai [Felda],Gemas, Negeri Sembilan

Cukai barangan sensitif tidak turun menjelang AFTA 2010

KOTA BHARU – Tiada penurunan cukai terhadap barangan sensitif, yang antaranya termasuk beras, arak dan rokok menjelang perlaksanaan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) bermula 1 Januari 2010 nanti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan pada negara yang terlibat dengan perjanjian AFTA agar barangan yang dikategorikan sebagai sensitif tersebut tidak diturunkan kadar cukainya.

“Melalui perjanjian AFTA, cukai diturunkan dibawah kosong peratus tetapi perkara yang dianggap sensitif dibolehkan (dikecuali), tiada siapa boleh import beras kecuali BERNAS (Padi Beras Nasional Berhad), peraturan ini kita akan kekalkan lagi, begitu juga cukai tembakau dan arak,” katanya kepada media selepas hadir di majlis Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di sini semalam. Continue reading

24 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a comment

Pengguna wajar tunjuk kuasa beli

KUALA LUMPUR – Sambutan dingin terhadap bekalan ayam yang dijual lebih mahal di pasar basah berbanding pasar raya besar dianggap petanda bahawa orang ramai telah bijak menggunakan kuasa dan hak mereka selaku pengguna.

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin berkata, tindakan bijak berbelanja itu sepatutnya dilakukan bagi semua bentuk pembelian.

“Ini juga satu langkah berjimat cermat walaupun kepada pihak lain seperti penjual ayam, ia merugikan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Continue reading

24 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a comment

Pakej Rangsangan Ekonomi Berkesan

Pakej rangsangan ekonomi berkesan

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini berada pada landasan yang betul dan mula memberi kesan positif terhadap pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pakej rangsangan tersebut berjumlah RM67 bilion itu telah menjana peluang pekerjaan dan pendapatan kepada kontraktor kecil termasuk mereka di kawasan pedalaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertama berjumlah RM6.07 bilion pada November tahun lalu manakala pakej kedua bernilai RM60.93 bilion pada Mac tahun ini. Continue reading

22 September 2009 Posted by | Aplikasi | Leave a comment

Musim Perayaan Waktu Untuk Berbelanja

Ketika menulis artikel ini, saya baru sahaja pulang daripada Pekan Tampin. Jalan raya sesak dan begitu ramai orang berkunjung ke Tampin untuk membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Peniaga bersaing dengan menawarkan jualan murah dan pelbagai tawaran istimewa yang lain untuk mendapatkan seramai mungkin pelanggan. Pembelian bukan sahaja terhad kepada pakaian, kuih muih raya, perabot dan perhiasan rumah, malah pelbagai – merangkumi barang tahan lama dah juga barang tidak tahan lama .Jiran sebelah rumah saya baru sahaja beberapa hari yang lalu membeli sebuah kereta Proton Pesona ( yang mana saya pun turut sama terpesona!) dan begitu jugalah dengan beberapa orang guru disekolah saya baru sahaja menukar atau menambah kenderaan mereka. Continue reading

18 September 2009 Posted by | Buka Minda | Leave a comment

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t /Salam sejahtera.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari saya kepada semua rakan, pelajar dan pengunjung yang merayakannya. Rayakanlah kejayaan kita dalam mengharungi latihan yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah merupakan latihan kita untuk mengalahkan hawa nafsu. Bulan Ramadhan juga merupakan satu bulan yang menawarkan pelbagai tawaran yang amat istimewa daripada Allah s.w.t kepada kita yang mana pelbagai ganjaran ke atas kebaikan adalah berlipat kali ganda. Semoga latihan selama sebulan ini berjaya membentuk jati diri kita sebagai seorang Islam yang mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Raikanlah kemenangan kita ini dengan sewajarnya. Tidak salah untuk bergembira atas kejayaan kita ini. Namun dalam kita bergembira, biarlah berpada-pada. Janganlah sampai kita lupa akan tugas dan tanggungjawab hakiki kita. Sebulan berpuasa seharusnya telah mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Kekalkanlah amalan-amalan kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan lalu untuk selama-lamanya. Di samping itu, keselamatan diri dan keluarga juga janganlah dilupakan.

Akhir kata, saya ingin meminta ampun dan maaf kepada semua rakan, pelajar dan pengunjung laman ini seandainya ada salah dan silap saya. Sebagai insan yang lemah, adakalanya kita melakukan kesalahan dan kesilapan, sama ada disedari mahupun tidak kita sedari.

Hingga berjumpa lagi, InsyaAllah .Selamat menyambut lebaran.

 

17 September 2009 Posted by | Interaksi | Leave a comment